Tuesday 27 November 2012

My Little Brother





Alhamdulillah....
Adik Mieyn dah selamat berkhatan...
Dye balik terus nangis..
Kesian plak tengok dye..
heX3
Ni la adik sye !
Dari balik sampai larh sekarang xberhenti2 nangis lagi...
Rase Mieyn pun nangis skali... :(






Umi sentiasa ad ketika adik nangis...












INFO PASAL BERKHATAN !


Bersunat bagi lelaki adalah prosedur pembedahan yang melibatkan pembuangan separa atau sepenuhnya bahagiankulup (prepuce) pada zakar (penis). Prosedur ini telah pun dijalankan sejak beribu tahun dahuluIa juga merupakansebahagian dari budaya masyarakat yang tinggal di kawasan cuaca panas seperti Australia, gugusan pulau Pasifik,negara-negara Khatulisistiwa, Timur Tengah, Afrika dan Amerika. Hampir kesemua proses khatan dijalankan atas sebab agama, budaya dan sebab-sebab perubatan tertentu.
Kaedah sunat terawal didunia yang di amalkan oleh manusia adalah dengan ’sepitan kuno’ (ancient clamp), ianya mudah, cepat dan kurang perdarahan serta dilakukan tanpa ubat pembiusan. Antara bahan-bahan   ’sepitan kuno’adalah diperbuat daripada tandok haiwan, kayu, buloh ataupun logam,  ini dapat dibuktikan dari kajian-kajian purbapada ’Egyptian mummies’ dan lukisan digua-gua batu menunuukkan amalan bersunat dengan ‘ancient clamp’ telahdilakukan lebih dari 15,000 tahun dahulu.
Di Malaysia, kebanyakan sunat sebelum tahun 1975 adalah dilakukan oleh ”Tok Mudin” iaitu seorang  ahli sunat traditional yang menyunat tanpa pembiusan dan menggunakan teknik sepitan yang diperbuat dari buloh dan kuluplangsung dipotong beralaskan batang pisang. Khidmat Tok Mudin ini maseh lagi digunakan di kawasan kampong-kampong pendalaman.
Ubat pembiusan hanya mula di perkenalkan pada awal kurun ke 19 dan dalam masa yang sama ilmu pembedahan moden turut berkembang dan kemudian nya bersunat mula dilakukan secara ’pembedahan moden’ oleh doktor perubatan.
Prosedur sunat pembedahan moden adalah dengan suntikan pembiusan, memotong kulup mngikut teknit ’Dorsal Slit’, mengikat punca pendarahan dan menjahit kulit yang dipotong. Pembedahan teknik ’Dorsal Slit’ ini telah diterima sebagai prosedur khatan yang utama dan di lakukan di semua Hospital dan klinik-klinik kerajaan sehingga sekarang.
’Generasi pertama’ alat  “modern clamp” atau ’sepitan moden’  untuk bersunat adalah diperbuat daripada logam “stainless steel” yang mudah untuk di sterilisasi dan digunakan berulang-ulang. Kaedah ini amat popular di Eropah dan Amerika.  Antara “modern clamp” logam yang digunakan adalah Gomco pada tahun 1934 dan Mogen pada tahun 1954. Masalah penularan jangkitan penyakit Hepatitis B dan Hepatitis C serta HIV menyebabkan ’clamp’ logam ini tidak digunakan lagi dan kemudian berkembangnya ‘clamp’ pakai buang yang diperbuat dari plastik iaitu sebagai’generasi kedua’ alat ’clamp’ untuk bersunat.
Antara alat ’clamp’ generasi kedua yang terkenal adalah Plastibell, Taraklamp, Smartklamp, Sunathrone dan Ismail clamp. Selain berkonsepkan pakai buang alat-alat ini menawarkan konsep baru dalam bersunat dengan teknik yang selamat, kurang menyakit atau mengerikan, dapat dilakukan dengan cepat, kurang perdarahan, tiada risiko jangkitan Hepatitis B/C atau HIV dan hasil sunat yang memuaskan.
Yang terbaru dan terkini adalah alat Alisklamp, ianya  adalah merupakan ‘generasi ketiga’ dalam ‘modern clamp’ yang merupakan penambah baikkan kepada alat clamp generasi kedua dan mengatasi segala kelemahan dan kekurangan yang ada. Alisklamp diperbuat daripada plastik gred perubatan yang berkualiti tinggi, tidak toksik dan tidak memberi kesan alahan . Ianya mempunyai bentuk khas yang sempurna, menggunakan teknologi yang maju dan ciri keselamatan yang maksimum bagi menghasilkan khatan yang sempurna.
Alisklamp telah di reka cipta oleh Dr. Verdat Ali Canoglu, seorang pakar Urologi daripada Negara Turki. Reka bentuknya telah di ‘paten’kan dan merupakan alat ‘modern clamp’ yang pertama dan satu-satunya yang mempunyai bentuk yang mengikut anatomi semulajadi kepala zakar. Alisklamp telah pun dipasarkan  di seluruh dunia dan ianya mempunyai “CE MARKING” E-30-00961-08 sejak tahun 2008 dan mendapat pengiktirafan ISO (EN ISO 13485:2003.)


No comments: