Tuesday 27 November 2012

Haram Like Gambar Perempuan Tak Tutup Aurat !







Di bawah ini ada ayat-ayat Al.Quran berkaitan perintah-perintah menutup aurat, sama-samalah kita renungi dan menghayatinya, InsyaAllah akan memberi keberkatan kepada kita, disamping dapat menjauhkan kemurkaan Allah....amin...


"Katakanlah kepada wanita yang beriman:
"Hendaklah mereka menahan pandangannya,dan memelihara kemaluannya, danjanganlah mereka menampakkan perhiasannya,kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudungke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya,kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka,atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka,atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudaralaki-laki mereka, atau putera-putera saudaralaki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuanmereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budakyang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-lakiyang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita)atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahuiperhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlahkamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang berimansupaya kamu beruntung".Surah An.Nuur (31)

_____________________

"Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami telahmenurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.Dan pakaian takwa itulah yang paling baik.Yang demikian itu adalah sebahagian daritanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahanmereka selalu ingat".Surah Al.A'araaf (26)

____________________

"Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu,
anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri
orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan
jilbabnya ke seluruh tubuh mereka".
Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah
untuk dikenal, karana itu mereka tidak diganggu.
Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".
Surah Al.Ahzab (59)
_______________________



                                               Dan perempuan-perempuan tua yang

telah terhenti (dari haid dan mengandung)
yang tiada ingin kawin (lagi), tiadalah
atas mereka dosa menanggalkan pakaian
mereka dengan tidak (bermaksud)
menampakkan perhiasan, dan berlaku
sopan adalah lebih baik bagi mereka.
Dan Allah Maha Mendengar
lagi Maha Mengetahui.Surah An.Nuur (60)




My Little Brother





Alhamdulillah....
Adik Mieyn dah selamat berkhatan...
Dye balik terus nangis..
Kesian plak tengok dye..
heX3
Ni la adik sye !
Dari balik sampai larh sekarang xberhenti2 nangis lagi...
Rase Mieyn pun nangis skali... :(






Umi sentiasa ad ketika adik nangis...












INFO PASAL BERKHATAN !


Bersunat bagi lelaki adalah prosedur pembedahan yang melibatkan pembuangan separa atau sepenuhnya bahagiankulup (prepuce) pada zakar (penis). Prosedur ini telah pun dijalankan sejak beribu tahun dahuluIa juga merupakansebahagian dari budaya masyarakat yang tinggal di kawasan cuaca panas seperti Australia, gugusan pulau Pasifik,negara-negara Khatulisistiwa, Timur Tengah, Afrika dan Amerika. Hampir kesemua proses khatan dijalankan atas sebab agama, budaya dan sebab-sebab perubatan tertentu.
Kaedah sunat terawal didunia yang di amalkan oleh manusia adalah dengan ’sepitan kuno’ (ancient clamp), ianya mudah, cepat dan kurang perdarahan serta dilakukan tanpa ubat pembiusan. Antara bahan-bahan   ’sepitan kuno’adalah diperbuat daripada tandok haiwan, kayu, buloh ataupun logam,  ini dapat dibuktikan dari kajian-kajian purbapada ’Egyptian mummies’ dan lukisan digua-gua batu menunuukkan amalan bersunat dengan ‘ancient clamp’ telahdilakukan lebih dari 15,000 tahun dahulu.
Di Malaysia, kebanyakan sunat sebelum tahun 1975 adalah dilakukan oleh ”Tok Mudin” iaitu seorang  ahli sunat traditional yang menyunat tanpa pembiusan dan menggunakan teknik sepitan yang diperbuat dari buloh dan kuluplangsung dipotong beralaskan batang pisang. Khidmat Tok Mudin ini maseh lagi digunakan di kawasan kampong-kampong pendalaman.
Ubat pembiusan hanya mula di perkenalkan pada awal kurun ke 19 dan dalam masa yang sama ilmu pembedahan moden turut berkembang dan kemudian nya bersunat mula dilakukan secara ’pembedahan moden’ oleh doktor perubatan.
Prosedur sunat pembedahan moden adalah dengan suntikan pembiusan, memotong kulup mngikut teknit ’Dorsal Slit’, mengikat punca pendarahan dan menjahit kulit yang dipotong. Pembedahan teknik ’Dorsal Slit’ ini telah diterima sebagai prosedur khatan yang utama dan di lakukan di semua Hospital dan klinik-klinik kerajaan sehingga sekarang.
’Generasi pertama’ alat  “modern clamp” atau ’sepitan moden’  untuk bersunat adalah diperbuat daripada logam “stainless steel” yang mudah untuk di sterilisasi dan digunakan berulang-ulang. Kaedah ini amat popular di Eropah dan Amerika.  Antara “modern clamp” logam yang digunakan adalah Gomco pada tahun 1934 dan Mogen pada tahun 1954. Masalah penularan jangkitan penyakit Hepatitis B dan Hepatitis C serta HIV menyebabkan ’clamp’ logam ini tidak digunakan lagi dan kemudian berkembangnya ‘clamp’ pakai buang yang diperbuat dari plastik iaitu sebagai’generasi kedua’ alat ’clamp’ untuk bersunat.
Antara alat ’clamp’ generasi kedua yang terkenal adalah Plastibell, Taraklamp, Smartklamp, Sunathrone dan Ismail clamp. Selain berkonsepkan pakai buang alat-alat ini menawarkan konsep baru dalam bersunat dengan teknik yang selamat, kurang menyakit atau mengerikan, dapat dilakukan dengan cepat, kurang perdarahan, tiada risiko jangkitan Hepatitis B/C atau HIV dan hasil sunat yang memuaskan.
Yang terbaru dan terkini adalah alat Alisklamp, ianya  adalah merupakan ‘generasi ketiga’ dalam ‘modern clamp’ yang merupakan penambah baikkan kepada alat clamp generasi kedua dan mengatasi segala kelemahan dan kekurangan yang ada. Alisklamp diperbuat daripada plastik gred perubatan yang berkualiti tinggi, tidak toksik dan tidak memberi kesan alahan . Ianya mempunyai bentuk khas yang sempurna, menggunakan teknologi yang maju dan ciri keselamatan yang maksimum bagi menghasilkan khatan yang sempurna.
Alisklamp telah di reka cipta oleh Dr. Verdat Ali Canoglu, seorang pakar Urologi daripada Negara Turki. Reka bentuknya telah di ‘paten’kan dan merupakan alat ‘modern clamp’ yang pertama dan satu-satunya yang mempunyai bentuk yang mengikut anatomi semulajadi kepala zakar. Alisklamp telah pun dipasarkan  di seluruh dunia dan ianya mempunyai “CE MARKING” E-30-00961-08 sejak tahun 2008 dan mendapat pengiktirafan ISO (EN ISO 13485:2003.)


Sunday 25 November 2012

✿~✿ JENIS - JENIS KAWAN ✿~✿



Jom baca.... =D



1. KAWAN CHIPSMORE ➜ Kawan macam ni sekejap ada, sekejap tak ada. Hairan juga dia pergi mana. Kena tangkap dengan bunian ke?

2. KAWAN BUAYA ➜ Dia ni macam buaya.. suka makan orang.. mean kawan makan kawan

3. KAWAN PERFUME ➜ Time wangi je dekat dengan kita, time busuk menjauh *time senang ada dengan kita, time susah dia hilang.

4. KAWAN PISAU ➜ Mulut dia tajam mengal
ahkan pisau sampai kita pun takut nak cakap lebih-lebih dengan dia.

5. KAWAN CHOCOLATE ➜ Adeh! mulut dia manis gila mengalahkan coklat. Dia pakai ilmu apa?

6. KAWAN KAYU ➜ Dia ni tunggul. Orang cakap apa pun dia buat derk je.

7. KAWAN SPAN ➜ Lembut. Seorang yang sopan-santun. Memang lembut tahap gaban. Suara pun ayu je.

8. KAWAN DURI ➜ Dia ni suka sakitkan hati kita so, dia ni adalah salah satu dari spesies duri di dunia.

9. KAWAN KAUNSELING ➜ Yang ni jenis kerja dekat Jabatan Kebajikan kut. Semua benda dia nak tahu. Adeh!

10. KAWAN IBU ➜ Sebijik macam ibu kita! selalu ada tika kita susah dan senang. Kawan macam ni la yang semua orang nak...

➜ Kawan Gembira senang dicari, Kawan Menangis Susah dicari
SMILE ALWAYS ! ツ

Jadilah kawan yang mampu menegur sahabat kita apabila mereka melakukan kesalahan. Berkatalah benar walaupun pahit. InsyaAllah itu kawan yang terbaik!

Tuesday 20 November 2012

AdaMu ! =)



Erm...
Lagu ni best dan ad makna disebalik Mieyn post lgu ni...
Nk tahu ?
Jom dengar dan baca tiap lirik2 lagu ni !



Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan








JOM DENGAR !

 



Dosa Yang Tidak Nampak Pada Pandangan Mata





~ Kabur pada pandangan mata, namun tampak pada kesannya~

Hidup manusia tidak dapat lari dari dosa. Namun bukanlah bagi seseorang itu untuk terus-menerus melakukan maksiat kerana kononya insan tidak dapat lari dari kesalahan. Tetapi, kita sebenarnya disuruh melakukan perubahan ke arah kebaikan dengan cara bertaubat.
Di dalam Islam kaitan dosa dalam kehidupan manusia ada pelbagai rupa. Ada yang melibatkan insan dengan Tuhan. Tidak kurang pula dosa sesama hamba. Namun apa yang saya ingin bekongsi di sini adalah dari sudut lain tentang jenis dosa. Ia apa yang nampak pada pandangan manusia dan lebih berbahaya yang sudah terikat dalam jiwa manusia namun tidak sedar akan kehadirannya.
Syirik
Menyekutukan Allah dengan segala sesuatu. Itulah ungkaian makna yang diberi oleh kebanyakan ulama’.  Sebelum saya menerangkan lebih lanjut tentang bahayanya syirik melalui pembahagiannya, pernahkah kita terfikir dalam sejarah ketamadunan manusia, adakah syirik ini wujud dahulu dalam erti kata manusia tidak mengenali Rabb-nya kecuali selepas datangnya nabi atau sebenarnya tauhid itu itu sememangnya telah tersemat dalam jiwa manusia?
Allah berfirman:
الرَّحْمَنُ (1) عَلَّمَ الْقُرْآنَ (2) خَلَقَ الْإِنْسَانَ (3)
1.(Allah) Yang Maha pengasih   2.Yang telah mengajarkan Al-Quran   3.Dia menciptakan manusia  (Surah Ar-Rahman: 1-3)
Meneliti ayat dalam surah yang banyak menceritakan nikmat syurga tidak kurang juga azab neraka setimpal dengan amalan manusia ini, beberapa manfaat yang boleh kita uraikan dengan menyatakan sebenarnya kewujudan tauhid kepada Allah adalah fitrah. Ini kerana Allah menyatakan bahawa Dia yang mengajarkan Al-Quran yakni panduan keimanan kepada-Nya bagi manusia seterusnya baru dijelaskan tentang penciptaan insan.
Justeru, dapat disimpulkan sebenarnya, keimanan kepada Allah adalah fitrah dalam jiwa manusia. Bukankah juga manusia pernah bersaksikan bahawa Allah satu-satunya tuhan yang ada suatu ketika dahulu? Seperti yang dirakamkan dalam firman-Nya ketika Dia bertanya:
“Bukankah Aku tuhan kamu?” Mereka (manusia) semua menjawab: “Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai tentang (hakikat tauhid) ini”(Al-A’raf;172)

Sejarah syirik dalam kehidupan manusia
Dakwah nabi Nuh a.s yang jika kita teliti perjuangan baginda, sarat dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang terpaksa beliau tempuhi dalam usaha menyebarkan kalimah Allah, dari segi lama tempoh dakwahnya dan natijahnya hanya dalam lingkungan 80 lebih sahaja menyambut seruan beliau. Ia adalah impak daripada peristiwa sebelum perutusan beliau sebagai rasul yang mempunyai umatnya yang menyeliputi  seruannya bukan hanya pada kaum keluarga seperti nabi Adam namun kepada  manusia secara am.
Pada zaman sebelum perutusan nabi Nuh a.s telah ada 5 orang soleh yang merupakan ketua dari setiap suku kaum  yang bertungkus lumus dalam usaha untuk menyeru manusia kembali kepada Allah yang telah dinukilkan nama mereka dalam Al-Quran iaitu wadd, suwa’, yagus, ya’uq dan nasr(Nuh:23).
Setelah beberapa lama mereka meninggal dunia. Bagi mengenang jasa mereka, kaum pada ketika itu mengukir patung peringatan menyerupai ketua-ketua berkenaan. Tujuannya apabila mereka melihat kepada patung-patung tersebut terbit kesedaran dalam kalangan mereka untuk meneruskan kerja-kerja kebaikan yang pernah dilakukakan oleh para solihin tersebut.
Tetapi bersama peredaran zaman fahaman tersebut telah mula terhakis. Hingga sampai pada zaman nabi Nuh a.s, manusia sudah mula taksub dengan patung tersebut hatta ada yang bertindak menyembah mereka. Oleh kerana ketaksuban mereka itu, ramai dalam kalangan kaum nabi Nuh berpaling daripada peringatan baginda. Maka natijahnya seperti yang disebutkan iaitu ramai daripada kaum beliau tidak beriman kepada-Nya termasuklah anak dan isteri baginda sendiri.

Sejarah syirik dalam kalangan masyarakat arab
Diriwayatkan oleh Ibnu Hisham dalam kitab sirahnya bahawa penyembahan berhala ini berlaku apabila seorang arab yang bernama Amru bin Luhai keluar dari kota  Makkah menuju ke Sham untuk beberapa urusannnya. Apabila dia sampai ke sebuah tempat bernama Balqa’ dia bertemu dengan seorang yang bernama A’mliq bin Lawaz bin Sama bin Nuh. Ketika itu A’mliq sedang menyembah berhala dan berkata:
“Berhala ini jika kita sembahnya dia akan memberikan kita rezeki”.
Akibat terpedaya dengan kata-kata lelaki tersebut, Amru meminta satu berhala yang bernama Hubal untuk dibawa pulang ke Makkah untuk dia jadikan sebagai bahan penyembaha. Sejak itu, mulanya sejarah hitam penyembahan berhala dalam kalangan masyarakat arab.

Pembahagian syirik dalam Islam
1.   Syirik secara terang-terangan (جلي)
Syirik ini adalah syirik yang jelas pada pandangan manusia yang mana kita boleh ukur melalui perbuatan seseorang. Contohnya penyembahan berhala,matahari dan lain-lain. Manakala dari segi pengakuan tentang syirik ini, ia dinilai secara zahir dan jatuh padanya hukum syirik. Tetapi ulama’ ada menyebutkan pengakuan ini boleh jadi syirik bagi manusia tetapi tidak bagi Allah kerana pengakuan tersebut mungkin disebabkan oleh faktor-faktor yang lain seperti diseksa, diancam dan sebagainya.
Oleh sebab itu segala perkara itu bergantung kepada niat seseorang itu atas setiap perbuatannya.  Melihat perbahasan yang lebih lanjut, sesetengah ulama’ berpendapat syirik ini merupakan yang paling bahaya dari syirik yang lain dan sesetengahnya tidak. Mengapa?
2.   Syirik secara tersembunyi (خفي)
Syirik ini adalah syirik secara tersembunyi yang mana zahirnya bagai air yang tenang namun hakikatnya ia lebih bahaya kerana tidak dapat dinilai oleh pandangan mata. Jika diukur dari sudut perbandingan, syirik secara terang yang boleh dilihat secara jelas dapat dicegah kerana terzahir pada manusia akan kefasadannya berlainan pula halnya dengan syirik yang tersembunyi. Tetapi dari segi hukumnya, syirik secara terang dosanya lebih berat berbanding syirik yang tersembunyi kerana membawa kufur kepada Allah.
Sebahagian ulama’ membahagikan syirik kecil ini kepada dua bahagian pula iaitu:
i-                    نفق :  syirik ini(nifaq) adalah bilamana seseorang itu mensyirikkan Allah tetapi  dia mengetahui bahawa dia telah mensyirikkan Allah cuma kadang-kadang terlalai dek arus dunia. Contoh syirik ini apabila seorang berasa riya’, u’jub, takabbur (sifat-sifat yang tidak elok yang membawa maksud bangga diri, menunjuk-nunjuk) dalam perkara baik yang telah dilakukan. Seseorang dapat mengenalpasti perasaan ini tetapi kekadang terlalai atau sengaja tidak mahu untuk mengatasinya. Orang yang melakukan perbuatan ini digelar munafiq(orang yang bepura-pura dalam kebaikan).

ii-                  سرائر :  syirik ini yang asalnya membawa maksud rahsia merupakan antara syirik yang paling bahaya kerana seseorang itu mensyirikkan Allah, namun dia tidak menyedari bahawasanya dia telah mensyirikkan Allah.
Ada tiga keadaan yang boleh menggambarkan jenis syirik ini iaitu:
-apabila seseorang mengharapkan sesuatu lebih dari pengharapannya kepada Allah
-apabila seseorang menyintai sesuatu lebih dari kecintaannya kepada Allah
-apabila seseorang takut kepada sesuatu lebih daripada takutnya kepada Allah

Realiti
Jika kita teliti semula dalam kehidupan kita, kita akan dapati sebenarnya syirik secara rahsia ini banyak berputar dalam kehidupan kita. Sebagai contoh, realiti pelajar sama ada di universiti atau dibangku sekolah lebih bergantung kepada pensyarah atau guru-guru untuk memperoleh kejayaan dalam peperiksaan berbanding usaha mereka dan penrgantungan kepada Allah.
Dalam bab cinta, tidak usah dipanjangkan cerita. Kita sendiri menjadi saksi, muda-mudi kita lebih menyintai pasangannya lebih daripada segalanya(dalam hal dunia), yang mana sepatutnya sepenuh cinta kepada Allahlah yang membawa seorang cinta pada pasangannya.
Bagi mereka yang bekerja makan gaji pula, apa yang disuruh oleh majikan walaupun melanggar syara’ semua dikerjakannya. Hal ini kerana kesan daripada takut jika rezekinya  (gaji bulanan) tersekat kerana keingkarannya melaksanakan suruhan majikan namun dia terlupa sebenarnya dia telah melanggar perintah ketua segala ‘majikan’.

Kesimpulan
Oleh itu akhir kata marilah sama-sama kita berdoa agar Allah menjauhkan kita daripada dosa syirik ini baik secara tersembunyi lebih-lebih lagi secara terang-terangan dengan doa yang diajar oleh nabi Muhammad S.A.W : 
اللهم إنّا نعوذ بك من أن نشرك بك شيئا نعلمه ونستغفرك لما لا نعلمه
 “Ya Allah kami berlindung daripada syirik kepadaMu dengan sesuatu perkara yang kami ketahui, dan kami memohon ampun kepada Mu daripada perkara yang tidak kami ketahui.”


#Just copy untuk pengetahuan umum...