Friday 23 March 2012

Wanita... Jgn Seksa Lelaki...


Ada seorang lelaki ni, dia duduk dalam bas sebelah seorang perempuan bertudung. Perempuan ini sangat cantik. Dia pakai baju lengan panjang dan bertudung, tapi sayang baju dia ketat.

Walaupun bertudung tapi sayang tudung dia tak tutup dada. Oleh sebab baju dia tu ketat,
 maka tersembul la dua bentuk yang menonjol di dada perempuan itu.

Si lelaki ini, masa mula-mula dia duduk di sebelah perempuan tu dia masih dapat ‘control’ lagi. Tapi bila dia ternampak dada perempuan yang montok itu secara tidak sengaja, bayangan dada perempuan itu terus melekat di dalam kepala.

Lelaki tu berusaha menundukkan kepalanya supaya dia tidak ternampak lagi dada perempuan itu, tapi sayang bayangan itu telah menjelma di dalam kepala.

Lelaki tu tutup matanya, tapi syaitan masih lagi buat dajal dalam fikirannya. Syaitan cakap dekat lelaki tu. “Kau bayangkan kalau dada perempuan yang kau nampak dalam fikiran kau ni dah besar, macam mana pulak kalau kau tengok ‘real’ kan?”

Puas lelaki itu melawan godaan syaitan. Tapi nafsu datang membantu syaitan tu. Akhirnya lelaki tu tumpas. Lelaki tu buka mata dia, dan dia toleh ke arah perempuan tu sekejap. Perempuan tu tak sedar dia diperhatikan, lalu lelaki tu pun tengok la ke arah dada perempuan yang montok itu puas-puas.

Tiba-tiba, perempuan tu pusing ke arah lelaki itu dan ternampak yang renungannya lain macam je. Bila dia nampak arah pandangan lelaki tu, perempuan tersebut terus marah.

“Bodoh! Lelaki gatal! Mata keranjang!” Perempuan itu menyumpah-nyumpah lelaki tersebut. Kesian, lelaki itu dipersalahkan. Perempuan sering marah bila ada lelaki memandang mereka dengan muka yang bernafsu seperti seorang perogol yang tengah menunggu mangsanya.

Kononnya lelaki semuanya bernafsu buaya. Tapi perempuan tak pernah fikir ke apa sebabnya lelaki jadi macam tu?

Pernah tak lelaki jadi begitu bernafsu apabila melihat seorang perempuan yang memakai tudung yang besar dan menutup dada mereka? Pernah tak lelaki bernafsu melihat perempuan yang baju mereka agak longgar seperti jubah? Okey, yang itu jawab sendiri. Now, aku nak korang bayangkan situasi ni pulak.

Ada seorang lelaki, di sebelah dia ada seorang perempuan yang bertudung agak besar dan seorang lagi perempuan bertudung tetapi masih nampak dadanya. Kedua-dua perempuan tersebut sangat cantik. Adalah menjadi fitrah seorang lelaki memuji perempuan yang cantik wajahnya.

Tetapi apabila lelaki itu terlihat bentuk buah dada milik perempuan yang bertudung tapi masih nampak dada tu, nafsunya naik dengan mendadak. You see the difference? This is reality. Ramai aku tengok perempuan zaman sekarang pakai tudung macam tu.

Bukan aku nak kondem perempuan-perempuan tu semua. Tapi aku nak minta satu je. Please, for the sake of other men out there. Pakai la tudung yang besar sikit. At least, tutup dada pun kira okey la. Aku bercakap berdasarkan pengalaman aku sendiri.

Aku sendiri kalau dah ternampak buah dada perempuan yang montok, terus terang aku cakap aku memang akan terbayang gila-gila punya.

Aku tau, lelaki patut menundukkan pandangan mereka dan mengelak daripada melihat benda-benda yang tak elok seperti yang telah termaktub dalam surah An-Nuur ayat 30 ni:

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka MENAHAN PANDANGANNYA, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”

etapi, tanggungjawab itu bukan ke atas lelaki saja. Perempuan jugak mempunyai tanggungjawab mereka seperti yang tertulis dalam surah An-Nuur ayat 31 ni:

Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.

Dan hendaklah mereka MENUTUPKAN KAIN TUDUNG KE DADANYA, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka..

Atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.

Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

You see that? Maafkan aku sekiranya bahasa yang aku gunakan di sini agak kasar sedikit. Mungkin ada perempuan yang terguris hati bila aku tulis pasal benda ni. Tapi aku buat ni untuk kebaikan bersama jugak.

Jangan salahkan lelaki saja bila mereka melihat perempuan ini seperti satu simbol seks. Memang lelaki nampak bersalah, tapi kalau puncanya jugak disebabkan oleh perempuan, maka kedua-dua pihak adalah bersalah.

Aku harap, selepas ini perempuan-perempuan yang di luar sana especially yang pakai tudung kecik dan masih menampakkan dada tu, silalah berubah. Apa salahnya memakai tudung yang besar kan? Kalau korang rasa sukar untuk berubah, cuba tanya soalan ni dekat diri sendiri.

Adakah korang sanggup bila lelaki selalu melihat buah dada korang dan menganggap korang sebagai simbol seks atau pun korang lebih memilih untuk memakai tudung yang besar dan lelaki melihat korang dengan penuh kehormatan.

P/s: Renung-renungkanlah wahai wanita yang amatku sayang. Jangan jadikan fesyen zaman sekarang sehingga menyebabkan maruah anda sendiri yang tergadai.. :) 


Thursday 22 March 2012

Wanita lebih suka lelaki hitam



Hari nie sy ad terbaca artikel ni dlm surat khabar sinar harian...
Menarik jg la...
Nk tau ape dye..
Jom Bce artikel ni...

Setiap kali ke luar negara, terasa sangat diri saya tidak kacak apabila dikelilingi lelaki-lelaki asing. Bukan pula mahu berkata di dalam negara saya perasan kacak, namun di sana, tahap keinsafan betapa tidak kacaknya saya lebih memuncak.

Saya pernah ke Jordan di mana lelaki-lelakinya tua dan muda sentiasa berjaket. Ya, gaya mereka sangat western. Walaupun Arab, kebanyakan lelaki Jordan lebih bergaya koboi. tidak seperti di Saudi atau Kuwait.

Di Iran pun begitu juga. Dikelilingi mereka, saya terasa seperti kambing gurun yang diletak sekandang dengan biri-biri Australia. Oh! Begitu terasa ...

Seorang lelaki Iran, yang berumur 70 tahun, pun saya berasa jauh lebih kacak berbanding diri saya yang baru ‘sweet 41’ ini.

Di Israel, yang lelaki-lelakinya seantero dunia pun tahu betapa kejamnya mereka, pun juga lawa belaka. Tidak hairanlah kerana mereka sememangnya daripada keturunan Nabi Yusuf yang terkenal sebagai antara manusia yang paling ‘ganteng’ pernah lahir di muka bumi.

Dalam kitab pun ada disebut, wanita Mesir pada zamannya sampai terpotong jari dek terpesona dengan kekacakan Nabi Yusuf. Kerana itu, meskipun Yahudi hari ini dipercayai bukan lagi asli waris Nabi Yaakub, namun sedikit sebanyak warisan kekacakan itu masih tinggal..

Ya, negara yang membuatkan saya tidak begitu terasa rendah diri setiap kali dikunjungi hanya jiran tetangga kita. Sekurang-kurangnya apabila berada di Jakarta, Jogja atau Bandung, saya masih boleh berasa sedikit ‘lebih’ berbanding lelakinya. Itu pun janganlah dibandingkan dengan Once atau Airel Peterpan, habislah saya!

Ketika di Phnom Penh, apabila ada wanita bergaun kembang dan memakai topi lebar ala Perancis tersenyum, saya tidaklah sampai menoleh sekeliling untuk mencari kalau-kalau senyumannya itu ditujukan kepada orang lain.

Minggu lalu, ketika bersiar-siar di Piccadilly Garden di kota Manchester, United Kingdom, sekali lagi rasa rendah diri atas sebab yang sama, menyelubungi diri saya. Setiap kali berselisih dengan lelaki kulit putih di jalanan membuat saya rasa comot dan boyot.

Hinggalah kemudiannya, ketika melayan ‘jetlag’ di bilik hotel dengan melayari Internet, saya terjumpa maklumat yang sangat melegakan. Ia berkaitan dengan kajian sekumpulan saintis di sebuah universiti di Toronto, Kanada yang diketuai pakar sosiologi, Dr Shyon Baumann, yang mendapati lelaki berkulit hitam atau gelap dianggap seksi dan disukai wanita.

Menurutnya, memang satu perkara yang biasa apabila lelaki lebih meminati wanita berkulit cerah manakala wanita pula cenderung untuk memilih lelaki berkulit hitam.

Lelaki dikatakan sering mengaitkan wanita berkulit putih bersih lagi gebu sebagai lambang kesucian, baik budi pekerti, berakhlak mulia dan lemah lembut. Manakala wanita pula ramai yang menganggap lelaki kulit hitam sebagai penuh misteri, rakus, lasak, bahaya yang kesemuanya boleh disimpulkan sebagai seksi dan mempunyai pesona syahwat yang kuat.

Bagi kebanyakan lelaki kata Dr Baumann, meskipun mereka mempunyai latar belakang yang berbeza, budaya yang tidak sama, namun dari segi perhatian terhadap wanita, mereka tetap mempunyai persamaan iaitu wanita yang berkulit putih dan berambut perang dianggap paling menawan.

Berbekalkan kefahaman itu, esoknya saya turun dari bilik ke lobi hotel dengan penuh semangat.

Saya cuba mencari perhatian dengan memberikan senyuman semanis mungkin setiap kali berselisih dengan wanita kulit putih, termasuk ketika berada di kafe hotel.

Akhirnya seorang rakan yang tahu akan motif saya, mengingatkan: “Sedarlah sikit bro, yang kajian itu kata, lelaki kulit gelap, kulit hitam, yang engkau tu sawo matang ...”

“Oh! Ya tak ya jugak.”

 ‘Awan nano’ itu pun datang semula menyelebungi saya ... 



<< Just Coffee&Pasta >>

Friday 9 March 2012

Tersenyumlah Wahai Hati Yang Bersedih ! :D





saat kita menempuhi onak duri dunia , derita sekali sekala mencuit hati..
hati remuk menangis tidak henti , kesedihan terus menerus bersemadi di dasar hati..
ketika itu sabar pun tidak dikenali lagi. dalam terharu ,air mata tertumpah juga .

Wahai hamba Ilahi , begitulah kehidupan didunia.. 
Kita tidak akan sesekali dapat menjangka,
Apa yang Allah aturkan buat kita,
Adakala kita tersangat gembira.
Adakala kita tersangat tidak suka,
Aturan-Nya bukan pilihan kita,

Namun,
Jangan risau manusia
Allah itu tuhan kita
Tuhan yang Maha Luas kasih sayangnya

Percayalah,
Dia tidak akan menduga hamba-Nya,
Kecuali untuk melihat hamba-Nya,
tersenyum di sana,
tertawa di sana,
berbahagia di sana,
Di syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai yang mendamaikan jiwa.
Oh indahnya !

Wahai hamba Allah..

Jangan bersedih kerana anda telah melalui kesedihan itu kelmarin dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun pada keesokkan harinya..

Kesedihan demi kesedihan...bakal membuat anda semakin terperuk dalam keputus-asaan dan dunia yang luas dirasa sempit dan tidak lagi berguna..
Dengan itu sentiasalah berfikiran "positif " .. Semua yang Allah aturkan tu pasti ada Hikmahnya.. Walaupun awak tak tahu apa yang diaturkan Allah itu..

" You don't know Everything , But Allah knows Everythings.. ^_^




Cinta Itu Buatkan….

Cinta itu buatkan
Cinta itu buatkan
Cinta utamaku lemah
Cinta aku pada si dia
Buatkan cinta aku pada Tuhan
Allah Yang Maha Esa..Buatkan cintaku pada Rasulullah
Kekasih Yang Maha Kuasa
Buatkan cintaku pada agama
Islam yang gah agung
Buatkan cinta aku pada iman
Nur yang sentiasa terang
Seakan-akan goyah
Umpama meniti jambatan rapuh
Yang kalau-kalau ditiup angin kencang
Rebah sujud sia-sia ke bumi
Cinta aku pada si dia
Mencalar kotor pada pahalaku
Bertambah erat pula
Pegangan si dosa-dosa
Cintaku pada si dia
Buatkan jiwaku resah
Bernanah dengan maksiat
Zina mata, zina hati
Buat aku terus-terusan gelisah
Melihat pasangan lain
Melayari bahtera durjana
Yang kononnya indah
Walhal aku tahu
Halal haramnya…
Meskipun aku tahu
Baik buruknya…
Sungguhpun aku tahu
Azab dan siksanya…
Bukankah cintaku aku pada si dia
Harus bawaku dekat
Ke kota pujaanku…syurga
Bukankah cinta aku pada si dia
Harus jauhkan aku sejauh-jauhnya
Dari neraka yang pedih azabnya
Jadi…
Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta bisikan Allah
Mana mugkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta yang bisa buatkan aku
Bahagia dunia akhiratnya
Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah suci, tulus dan perawan
Aku muhasabah nilai cinta ini
Sebak dada, kusut jiwa
Menitis air mata seorang hamba derhaka
Mengenangkan betapa murahnya nilai cinta ini
Hinanya cinta ini disisi tuhan
Cinta yang aku dambakan
Cinta aku pada si dia
Tiada apa-apa erti buat tuhan
Hanya lumpur noda mengundang murka…
Rupa-rupanya
Cinta aku pada si dia
Tidak layak menggapai rahmat
Tidak layak menjemput berkat
Dan tidak akan pernah mengundang keredhaan
Maafkan aku Ya Allah
Maafkan aku untuk ada rasa
Cinta aku pada si dia
Yang tidak ada nilai di mata mu Tuhan
Ya Allah
Jodohku ditanganmu
Kalau benar
Cinta aku pada si dia
Hanya menambah timbunan dosa
Aku mohon ampun Ya Allah
Doaku…
Harapanku…
Pintaku dengan harap…
Harap dengan sangat…
Penuh rendah diri sebagai hambamu
Kurniakan aku masjid yang sempurna
Dengan jodoh yang baik-baik
Penuhi pertemuan dan perpisahannya
Dengan iman, nur dan rahmatmu…
Biar jodohku itu…
Buatkan aku dekat padamu Ya Allah
Biar jodohku itu…
Buatkan syurga nanti jadi naungan untukku
Biar jodohku itu…
Buatkan aku lebih mencintaimu
Lebih dari segalanya Ya Tuhan…
Ya Allah… Amin…


Cintai dan Hargailah Seseorang ^_^



Hargailah apa yang anda ada...

Hannan memerhatikan jam di dinding, sudah dekat pukul 12.00 malam, Argh... Dia lambat lagi malam ini. Akhirnya sofa itu jugak menjadi katilnya malam ini. 2.00 pagi.
"Hannan, Hannan bangun sayang". Haiqal mengejutkan isterinya. "Eh! Abang dah balik, maaf Hannan tertidur, abang nak makan?" tanya Hannan. "Tak per lah abang dah makan tadi, Jomlah kita tidur di atas". Jawapan yang cukup mengecewakan Hannan.
"Arrggh rindunya Hannan pada abang, rindu nak makan semeja dengan abang, abang tak nak tengok ker apa Hannan masak hari ni, ikan cencaru sumbat kesukaan abang," luah Hannan dalam hati.
"Abang naiklah dulu Hannan nak simpan lauk dalam peti ais dulu". pinta Hannan sambil menuju ke dapur.
Gugur air mata isterinya menyimpan kembali lauk-lauk yang langsung tidak dijamah suami tercinta. Kecil hatinya sedih perasaannya. Hannan ambil dua keping roti sapu jem dan makan untuk alas perut kerana dia sememangnya lapar, tapi selera makannya terbunuh dengan situasi itu. Hannan menghirup milo panas sedalam-dalamnya dan akhirnya masuk bilik air gosok gigi dan terus menuju ke bilik tidur. Sekali lagi terguris hati seorang isteri apabila melihatkan suaminya telah terlelap.
"Sampai hati abang tidur dulu tanpa ucapkan selamat malam tanpa kucupan mesra,tanpa belaian dan tanpa kata-kata kasih abang pada Hannan", bisik hati kecilnya.
Aargghh rindunya Hannan pada abang." Hannan rindu nak peluk abang, HannaN nak kucup abang, HannaN rindu abang".
Selesai solat subuh Hannan panjatkan doa semoga sentiasa beroleh bahagia, dipanjangkan jodohnya dengan Haiqal tercinta, diberi kesihatan yang baik dan paling panjang dan khusyuk dia berdoa semoga Allah berikan kekuatan untuk menempuh segala badai. Selesai menjalankan amanat itu, Hannan kejutkan Haiqal, manakala dia bingkas menuju ke dapur menyediakan sarapan buat suami tersayang. Hannan keluarkan ayam dan sayur dan mula menumis bawang untuk menggoreng mee.
"Assalamualaikum", sapa Haiqal yang sudah siap berpakaian untuk ke pejabat.
"Waalaikumsalam, sayang". Hannan cuba bermanja sambil menambah, "abang nak kopi atau teh?" Hannan tetap kecewa apabila Haiqal hanya meminta air sejuk sahaja, dia ada 'presentation' dan hendak cepat. Mee goreng pun hanya dijamah sekadar menjaga hati Hannan dan tergesa-gesa keluar dari rumah. Hannan menghantar pemergian suami hingga ke muka pintu.
"Abang, Hannan belum cium tangan abang, abang belum kucup dahi Hannan", kata Hannan selepas kereta itu meluncur pergi. Arrghh rindunya Hannan pada abang.
"Qal, semalam pukul berapa kau balik?" tanya Zikri.
"Dekat pukul 2.00 pagi". Jawab Haiqal acuh tak acuh.
"Wow dasyat kau, kalah kami yang bujang ni. Woi semalam malam Jumaat ler, kesian bini kau". Zikri bergurau nakal.
"Apa nak buat, lepas aku siapkan plan tu, aku ikut Saiful dan Nazim pergi makan dan borak-borak, sedar-sedar dah pukul 2.00", aku balik pun bini aku dah tidur."Balas Haiqal.
"Sorrylah aku tanya, sejak akhir-akhir kau sengaja jer cari alasan balik lewat, hujung minggu pun kau sibuk ajak member lain pergi fishing, kau ada masalah dengan Hannan ke?" Zikri cuba bertanya sahabat yang cukup dikenali sejak dari sekolah menengah, sampai keuniversiti malah sekarang bekerja sebumbung.
"Entahlah Zek,aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir aku rasa malas nak balik rumah, bukan aku bencikan Hannan, kami tak bergaduh tapi entahlah". Terang Haiqal.
"Well, aku rasa aku perlu dengar penjelasan lebar kau,aku nak dengar semuanya, tapi bukan sekarang. Lepas kerja jom kita keluar ok?". Usul Zikri.
"Ok."Ringkas jawapan Haiqal sambil menyambung kembali merenung plan bangunan yang sedang direkanya.
Hannan membuka kembali album kenangan itu. Tersenyum dia bila melihatkan saat manis dia diijab kabulkan dengan Haiqal. Majlis ringkas, hanya dihadiri sanak saudara dan rakan terdekat. Maklumlah yatim piatu, kenduri ini pun mujur sangat kakak sulungnya sudi mengendalikan. Saat-saat sebegini Hannan teringat kembali alangkah indahnya sekiranya ibunya masih ada, akan diluahkan segalanya pada ibu tetapi sekarang, dia tidak punya sesiapa. Hannan menangis sepuas hatinya. 5 tahun menjadi suri Haiqal, bukan satu tempoh yang pendek. Hannan bahagia sangat dengan Haiqal, cuma sejak akhir-akhir ini kebahagiaan itu makin menjauh. Hannan sedar perubahan itu, dan dia tidak salahkan Haiqal. Makin laju air matanya mengalir.
"Abang sanggup menerima Hannan, abang tidak menyesal?".tanya Hannan 5 tahun yang lepas.
"Abang cintakan Hannan setulus hati abang, abang sanggup dan Insya-Allah abang akan bahagiakan Hannan dan akan abang tumpahkan sepenuh kasih sayang buat Hannan,".Janji Haiqal.
"Walaupun kita tidak berpeluang menimang zuriat sendiri?". Tanya Hannan lagi. "Syyy... Doktor pun manusia macam kita, yang menentukan Allah, Insya-Allah abang yakin sangat kita akan ada zuriat sendiri", Haiqal meyakinkan Hannan.
Hannan masih ingat saat itu, apabila dia menerang kanpada Haiqal dia mungkin tidak boleh mengandung kerana sebahagian rahimnya telah dibuang kerana ada ketumbuhan. Harapan untuk mengandung hanya 10-20 % sahaja. Tapi Haiqal yakin Hannan mampu memberikannya zuriat.Tapi, itu suatu masa dahulu, selepas 5 tahun, Hannan tidak salahkan Haiqal sekiranya dia sudah mengalah dan terkilan kerana Hannan masih belum mampu memberikannya zuriat. Walaupun Hannan sudah selesai menjalani pembedahan untuk membetulkan kembali kedudukan rahimnya dan mencuba pelbagai kaedah moden dan tradisional.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Aku tak tahu macam mana aku nak luahkan Zek,sebenarnya aku tidak salahkan Hannan,dia tidak minta semuanya berlaku, isteri mana yang tidak mahu mengandungkan anak dari benih suaminya yang halal, tapi..." ayat Haiqal terhenti di situ.
"Tetapi kenapa? Kau dah bosan? Kau dah give up? Celah Zikri. "
Bukan macam tu, aku kesian dengan dia sebenarnya, duduk rumah saja, sunyi, tapi sejak akhir-akhir ini perasaan aku jadi tak tentu arah, aku rasa simpati pada dia,tetapi kadang-kadang perasaan aku bertukar sebaliknya", terang Haiqal.
"Maksudnya kau menyesal dan menyalahkan dia? tingkas Zikri. "
Entahlah Zek,aku tak kata aku menyesal,sebab aku yang pilih dia, aku tahu perkara ni akan berlaku, cuma mungkin aku terlalu berharap,dan akhirnya aku kecewa sendiri. Dan aku tidak mahu menyalahkan Hannan sebab itulah aku cuba mengelakkan kebosanan ini,dan elakkan bersama-samanya macam dulu kerana aku akan simpati pada dia akan bertukar menjadi perbalahan " Jelas Haiqal.
"Dan kau puas hati dengan melarikan diri dari dia? kata Zikri tidak berpuas hati dan menambah, "apa kata korang ambil saja anak angkat?"
"Anak angkat tak sama dengan zuriat sendiri Zek, kau tak faham. Aku harapkan zuriat sendiri dan dalam masa yang sama aku tahu dia tak mampu, ibu dan kakak-kakak aku pun dah bising, mereka suruh aku kahwin lagi,tapi aku tak sanggup melukakan hati dia Zek. Aku tak sanggup". Ujar Haiqal.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Hannan masih menanti, selalunya hujung minggu mereka akan terisi dengan pergi berjalan-jalan, membeli belah, atau setidak-tidaknya mengunjungi rumah saudara mara atau menjenguk orang tua Haiqal di kampung. Kini dah hampir 5 bulan mereka tidak menjenguk mertua dia.Dia sayangkan mertua dan iparnya yang lain macam saudara sendiri. Dia tidak punya ibu, maka dengan itu seluruh kasih sayang seorang anak dicurahkan kepada kedua mertuanya. Sebolehnya setiap kali menjenguk mertua atau kakak-kakak iparnya dia akan bawakan buah tangan untuk mereka, biasanya dia akan menjahit baju untuk mereka, itulah yang selalu dibuat untuk menggembirakan hati mertuanya, maklumlah dia punya masa yang cukup banyak untuk menjahit. Selalunya juga dia akan buatkan kek atau biskut untuk dibawa pulang ke kampung suami tersayangnya. Dan mereka akan gembira sekali untuk pulang ke kampung, tapi kini... Aarghh rindunya Hannan pada abang. Hannan tahu Haiqal pergi memancing sebab dia bawa bersama segala peralatan memancing, dan hari ini sekali lagi Hannan menjadi penghuni setia rumah ini bersama setianya kasihnya kepada Haiqal. HannaN masih tidak menaruh syak pada Haiqal,dia masih cuba memasak sesuatu yang istemewa untuk Haiqal bila dia pulang malam nanti, tapi Hannan takut dia kecewa lagi. Arghh tak apalah,demi suami tercinta. Aaarggh Rindunya Hannan pada abang.
------------------------------------------------------------------------------------------------
"So you dah tahu i dah kahwin, tapi you masih sudi berkawan dengan I, kenapa? Adakah kerana simpati atau ikhlas?" tanya Haiqal pada Humayra yang dikenali dua minggu lepas semasa mengikut teman-teman pergi memancing. Sejak itu Humayra menjadi teman makan tengaharinya, malah kadang teman makan malamnya. "I ikhlas Haiqal, dan I tak kisah kalau jadi yang kedua, I dah mula sayangkan you". Humayra berterus terang. Lega hati Haiqal, tapi Hannan?
------------------------------------------------------------------------------------------------
"Abang... HannaN tak berapa sihatlah bang rasa macam nak demam saja," adu Hannan pagi tu, sebelum Haiqal ke pejabat.
"Ye ker? Ambil duit ni, nanti Hannan call teksi dan pergilah klinik ye, abang tak boleh hantar Hannan ni." jawapan Haiqal yang betul-betul membuatkan Hannan mengalirkan air mata.
Tidak seperti dulu-dulu, kalau Hannan sakit demam Haiqal sanggup mengambil cuti, bersama-sama menemani Hannan. Arrgg... rindunya Hannan pada abang. Disebabkan Hannan terlalu sedih dan kecewa,dia mengambil keputusan tidak mahu ke klinik selepas makan dua biji panadol,dia terus berbaring. Sehingga ke petang,badan dia semakin panas dan kadang terasa amat sejuk, kepalanya berdenyut-denyut. Hannan menangis lagi. Malam tu, seperti biasa Haiqal pulang lewat setelah menemani Humayra ke majlis harijadi kawannya. Hannan masih setia menunggu dan dia rasa kali ini dia ingin luahkan segala perasaan rindu dan sayangnya pada Haiqal. Tak sanggup lagi dia menanggung rindu yang amat sarat ini, rindu pada manusia yang ada di depan mata setiap hari.Aargh rindunya Hannan pada abang. Apabila Haiqal selesai mandi dan tukar pakaian, Hannan bersedia untuk membuka mulut, ingin diluahkan segalanyarasa rindu itu, dia rasa sakit demam yang dia tanggung sekarang ini akibat dari memendam rasa rindu yang amat sarat.

"Abang, Hannan nak cakap sikit boleh?" Hannan memohon keizinan seperti kelazimannya.

"Hannan,dah lewat sangat esok sajalah, abang letih,"bantah Haiqal.

"Tapi esok pun abang sibuk jugak,abang tak ada masa,dan abang akan balik lambat, Hannan tak berpeluang abang". ujar HannaN dengan lembut.

"Eh..dah pandai menjawab,"perli Haiqal. Meleleh air mata Hannan,dan Haiqal rasa bersalah dan bertanya apa yang Hannan nak bincangkan.

"Kenapa abang terlalu dingin dengan Hannan sejak akhir-akhir ni? Tanya Hannan.

"Hannan, abang sibuk kerja cari duit,dengan duit tu,dapatlah kita bayar duit rumah,duit kereta,belanja rumah dan sebagainya faham?" Haiqal beralasan.

Hannan agak terkejut, selama ini Haiqal tak pernah bercakap kasar dengan dia, dan dia terus bertanya, "dulu Abang tak macam ni,masih ada masa untuk Hannan, tapi sekarang?" Ujar Hannan.

"Sudahlah Hannan abang dah bosan, pening,jangan tambahkan perkara yang menyesakkan dada", bantah Haiqal lagi.

"Sampai hati abang abaikan Hannan, Hannan sedar siapa Hannan, Hannan tak mampu berikan zuriat untuk abang dan abang bosan kerana rumah kita kosong,t iada suara tangis anak-anak bukan? Dan HannaN terus bercakap dengan sedu sedan.

"Sudahlah Hannan abang dah bosan, jangan cakap pasal tu lagi abang tak suka. Bosan betul..."

Pagi tu, Haiqal keluar rumah tanpa sarapan, tanpa bertemu Hannan dan tanpa suara pun.Hannan makin rindu pada suaminya, demamnya pula kian menjadi-jadi. Malam tu Haiqal terus tidak pulang ke rumah, Hannan menjadi risau, telefon bimbit dimatikan, Hannan risau, dia tahu dia bersalah, akan dia memohon ampun dan maaf dari Haiqal bila dia kembali. Hannan masih menanti, namun hanya hari ketiga baru Haiqal muncul dan Hannan terus memohon ampun dan maaf dan hulurkan tangan tetapi Haiqal hanya hulurkan acuh tak acuh sahaja. Hannan kecil hati dan meminta Haiqal pulang malam nanti kerana dia ingin makan bersama Haiqal. Haiqal sekadar mengangguk. Tetapi malam tu Hannan kecewa lagi. Haiqal pulang lewat malam.Demam Hannan pulak makin teruk,dan esoknya tanpa ditemani Haiqal dia ke klinik, sebab sudah tidak tahan lagi.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Abang pulanglah abang, pulanglah Hannan ingin beritahu perkhabaran ini, pulang abang, doa Hannan. Hannan kecewa tapi masih menanti,bila masuk hari ketiga dia sudah tidak sabar lagi, dia menelefon ke pejabat. Dan telefon itu disambut oleh Zikri.

"Syukurlah HannaN kau telefon aku, ada perkara aku nak cakap ni, boleh aku jumpa kau? tanya Zikri

"Eh tak bolehlah aku ni kan isteri orang, mana boleh jumpa kau tanpa izin suami aku,berdosa tau", tolak Hannan.

Pilunya hati Zikri mendengar pengakuan Hannan itu. Setianya kau perempuan, bisik hatinya. "Oklah kalau macam tu, aku pergi rumah kau, aku pergi dengan mak aku boleh?" pinta Zikri

"Ok,kalau macam tu tak apalah,aku pun dah lama takjumpa mak kau, last sekali masa konvo kita 6 tahunl epas kan?" setuju Hannan.

----------------------------------------------------------------------------------------------

"Eh kenapa pucat semacam ni? tegur Mak Siti.

Hannan hanya tersenyum penuh makna,dan membisik,"Allah makbulkan doa saya mak cik". Pilu hati Mak Siti dan betapa dia sedar betapa Allah itu Maha Mengetahui apa yang Dia lakukan.Segera Mak Siti mendapat Zikri di ruang tamu dan khabarkan berita itu.Zikri serba salah.

"Hannan,aku anggap kau macam saudara aku, aku tak tahu macam mana nak mulakan,aku harap kau tabah dan tenang. Sebenarnya Haiqal dalam proses untuk berkahwin lagi satu, dan aku sayangkan korang macam saudara sendiri, dan aku tak sanggup rumah tangga korang musnah macamni, kau tanyalah dengan Haiqal dan bincanglah,cubalah selamatkan rumah tangga korang." terang Zikri.

Hannan menangis semahunya dibahu Mak Siti, rasa hampir luruh jantung mendengarkan penjelasan itu. Patutlah selalu tidak balik rumah. Berita gembira yang diterima pagi tadi, sudah tidak bermakna. Hannan menantikan Haiqal sehingga ke pagi, namun dia masih gagal. Dua harikemudian Haiqal pulang dan sibuk mengambil beberapa pakaian penting, dan masa ini Hannan bertekad untuk bertanya.

"Ya betul apa yang Hannan dengar tu, dan kami akan langsungkan jugak, dan abang takkan lepaskan Hannan, itu janji abang, mak ayah pun dah tahu dan mereka tak kisah asalkan abang tidak lepaskan Hannan, kerana mereka juga sayangkan Hannan, dan Hannan kena faham abang inginkan zuriat sendiri, walau apa pun persiapan sedang dibuat, abang janji takkan abaikan Hannan." Janji HaiQal.
Hannan sayu mendengar, dan bagaikan kelu lidahnya untuk berkata-kata. Dan segala perkhabaran gembira itu terbunuh menjadi khabar duka. HannaN terlalu kecewa.

------------------------------------------------------------------------------------------

HaiQal masih menanti diluar, rasa amat bersalah bersarang dikepala, sejak Hannan pengsan dan mengalami pendarahan. Doktor dan jururawat keluar masuk.Dia masih resah.

"Insya-Allah En. Haiqal, dua-dua selamat".terang doktor pada Haiqal.

"Dua-dua apa maksud doktor? tanya Haiqal
"Dua-dua ibu dan baby dalam kandungan tu, tapi dia kena banyak berehat kerana rahimnya tidak begitu kukuh, saya takut banyak bergerak akan menyebabkan berlaku keguguran,tapi kami dah mulakan injection untuk kuatkan paru-paru baby dan jahitkan rahim dia dan bersedia untuk early delivery dalam kes macam ni," terang doktor.

"Ya Allah.. Hannan mengandung,Ya Allah berdosanya aku pada HannanN, kesal Haiqal. Malu rasanya untuk menatapmuka Hannan.

" Kenapa Hannan tak bagi tahu abang yang Hannan mengandung? kesal Haiqal.

"Hannan memang nak bagitau abang tapi, bila abang cakap abang sudah bertunang dan akan berkahwin dengan perempuan lain, Hannan tak sampai hati bang, Hannan tak sanggup abang malu dan keluarga abang malu." Jelas Hannan.

"Hannann sebenarnya, abang belum bertunang dengan budak tu, abang cuma sekadar berkawan sahaja. Belum pernah abang bincangkan soal kahwin lagi, dan abang tak sanggup nak teruskan hubungan tu lagi kerana abang akan jadi ayah tidak lama lagi." janji Haiqal. Kesal kerana mengabaikan Hannan yang mengandung itu, membuatkan Hannan risau dan akhirnya pitam dihalaman rumah, mujurlah ada jiran nampak dan membawa ke hopital,dan mujur jugak Hannan pengsan dihalaman, dapat dilihat orang.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

"Mama kenapa mama buat tu, biarlah mak yang buat,"marah Haiqal bila melihatkan HannanN cuba menyapu lantai.

Sejak keluar hospital hari tu, mertua dia meminta supaya Hannan tinggal saja dirumah sehingga bersalin kerana dia memang tidak dibenarkan doktor melakukan sebarang kerja, bimbang keguguran kerana rahimnya tidak kuat.

"Ala Papa ni, biarlah mama buat sikit sajalah."balas Hannan.

Itulah panggilan manja mereka sekarang ni. Dengan pengawasan rapi doktor, yang setiap dua tiga sekali akan melakukan pemeriksaan,dan bila usia kandungan mencecah 6 bulan, doktor mengarahkan supaya Hannan hanya berehat di hospital, supaya senang mengawasi Hannan dan andainya apa-apa berlaku Hannan akan terus dibedah untuk menyelamatkan nyawanya dan bayi yang dikandung. Setiap hari Hannan akan dilawati oleh Haiqal. Hannan amat bahagia, ternyata bayi yang dikandung membawa sinar,a mat berharga kehadiran dia nanti,sebab itulah HannannN sanggup tinggal di hospital,s anggup menelan berjenis ubat,sanggup disuntik apa saja semuanya demi bayi itu. Kandungan sudah di penghujung 7 bulan, Hannan amat bahagia merasakan gerakan-gerakan manja bayi yang dikandungnya. Setiap tendangan bayi dirasakan amat membahagiakan. Doktor makin teliti menjaga Hannan, kerana bimbang berlaku pertumpahan darah, dan akhirnya apa yang dibimbangi para doktor menjadi nyata apabila Hannan mengalami pertumpahan darah yang serius, lantas terus dia ditolak ke dalam bilik bedah dalam masa beberapa minit sahaja. Haiqal tiba bersama ibu dan ayahnya, dia panik sekali, namun cuba ditenangkan oleh kedua orang tuanya. Hampir 1 jam berlalu,apakah khabarnya Hannan di dalam sana. Haiqal makin risau, setengah jam kemudian doktor keluar. Haiqal meluru...

"Doktor bagaimana isteri saya?", Haiqal terus bertanya.

"Sabar, kami telah cuba sedaya upaya, tahniah anak encik selamat, encik dapat anak perempuan, seberat 2.1 kilogram,dan kini kami cuba sedaya upaya untuk selamatkan Puan NurHannan." terang doktor.

"Apa maksud doktor? Tanya Haiqal yang sudah tidak sabar.
"Begini,dia kehilangan banyak darah, kami cuba sedaya upaya menggantikan darahnya yang keluar itu,dan masih berusaha, namun rahimnya terus berdarah dan kami mohon kebenaran untuk membuang terus rahimnya demi menyelamatkan nyawanya." jelas doktor.
"Buatlah doktor,saya izinkan asalkan isteri saya selamat."

---------------------------------------------------------------------------------------------------

"Ermmm...lekanya dia sampai terlena." tegur Haiqal sambil membelai dan mengusap kepala Nur Jannah yang terlena akibat kenyang selepas menyusu dengan Hannan. Hannan hanya tersenyum. Hari ni genap seminggu usia Jannah. HannanN masih lemah akibat kehilangan banyak darah. Namun dikuatkan semangat demi Nur Jannah buah hatinya. Dia mencium sepenuh kasih sayang pipi comel anaknya itu. Dia membelai sayu wajah comel itu. Entah kenapa dia rasa seperti terlalu sayu hari itu, hatinya terlalu sepi, semalam dia mimpikan arwah ibunya, datang menjenguk dia dan Jannah, tanpa suara, ibunya hanya tersenyum. Dan akhirnya berlalu begitu sahaja. Hari ini Hannan menjadi seorang perindu, dia rindukan ibunya, dan diceritakan perkara itu pada Haiqal.

"Mungkin mak HannanN datang tengok cucu dia, dan dia amat gembira".pujuk Haiqal menenangkan Hannan.

"Abang... Tolong Hannan bang!!" laung HannanN dari bilik air.

"Ya Allah Hannan kenapa ni? HaiqQal ketakutan."Mak... Tolong mak... Makkkkkkkkkkk" HaiQal menjerit memanggil emaknya didapur. "Cepat,bawak pergi hospital,cepat Haiqal" perintah Mak Zaharah.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

"Maaf dia tidak dapat kami selamatkan,terlalu banyak darah yang keluar, dan kami tak sempat berbuat apa-apa,dia terlalu lemah dan akhirnya dia "dijemputNya", terang doktor.

Terduduk Haiqal mendengarkan hal itu. Jenazah selamat dikebumikan. Jannah seakan mengerti yang dia sudah tidak akan menikmati titisan-titisan susu Nur Hannan lagi. Jannah menangis seolah-olah ingin memberitahu dunia yang dia perlukan seorang ibu, seorang ibu yang bersusah payah, bersabung nyawa demi untuk melihat kelahirannya. Demi membahagiakan papanya, demi membahagiakan neneknya. Jannah terus menangis seolah-olah tidak rela dia dipisahkan dengan ibunya yang hanya bersamanya untuk sekejap cuma. Semua yang hadir kelihatan mengesat mata, tidak sanggup mendengar tangisan bayi kecil itu. Semua terpaku dan terharu, Haiqal mendukung JannahH dan memujuk bayi kecil itu, akhirnya dia terlelap didakapan papanya.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Abang yang Hannan rindui, Abang... Maafkan Hannann kerana selama ini tidak mampu menjadi isteri yang terbaik buat abang. Saat abang membaca surat ini, mungkin Hannan sudah jauh meninggalkan abang, Hannan tak harapkan Hannan akan selamat melahirkan anak ini, tapi Hannan harap bayi akan selamat walau apa yang terjadi pada Hannan. Itu harapan Hannan bang..... HannanN masih ingat, rumah tangga kita hampir runtuh kerana Hannan tidak mampu memberikan zuriat buat abang, tapi bang, kali ni doa Hannan dimakbulkan, dan untuk itu, biarlah Hannan menanggung segala kapayahan demi zuriat ini bang. Saat Hannan menulis surat ini, Hannan masih lagi menjadi penghuni setia katil hospital ini. Baby kita makin nakal bergerak bang, tapi Hannan bahagia merasa tiap tendangan dia abang, Hannan bahagia, cukuplah saat manis ini Hannan dan dia. Hannan rasakan setiap pergerakannya amat bermakna, dan andainya ditakdirkan Hannan hanya ditakdirkan untuk bahagia bersama dia hanya dalam kandungan sahaja, Hannan redha bang. Siapalah Hannan untuk menolak ketentuanNya.

Hannan tak mampu abang. Cukup bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah makbulkan doa Hannan untuk mengandungkan zuriat dari benih abang yang Hannan cintai dan kasihi selamanya. Hannan redha sekiranya selepas ini walau apa terjadi, Hannan redha, kerana Allah telah memberikan Hannan sesuatu yang cukup istimewa, dan andainya maut memisahkan kita Hannan harap abang redha sebagaimana Hannan redha. Syukurlah sekurang-kurang Allah berikan nikmat kepada Hannan untuk merasai nikmatnya menjadi seorang ibu walau cuma seketika. Andai apa yang Hannan takutkan terjadi, dan bayi ini dapat diselamatkan Hannan harap abang akan jaganya dengan penuh kasih sayang. Hannan harap abang jangan biarkan hidupnya tanpa seorang ibu. Cuma satu Hannan harapkan dia akan mendapat seorang ibu yang mampu menjaga seorang anak yatim dengan baik dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Seumur hayat Hannan, Hannan tak pernah meminta sesuatu dari abang, dan kini inilah permintaan Hannan, janjilahdengan Hannan yang anak ini akan mendapat seorang ibu yang penyayang. Abang yang Hannan rindui... Dulu sewaktu rumah tangga kita dilandai badai, Hannan ingin sangat ucapkan kata-kata ini pada abang, tapi Hannan tak berkesempatan, dan walaupun kini Hannan tiada lagi, tapi Hannan nak abang tahu yang... Hannan rindukan abang...... Hannan rindu sangat dengan abang..... rindu abang... rindu sangat....

Sekian, Salam Sayang, Ikhlas dari Hannan isterimu,
Nur Hannan Bt. Abdullah

Haiqal melipat kembali surat itu, yang telah dibaca berulang kali dan kini dia amat rindukan Nur Hannan...dan kini barulah dia sedar betapa berharga sebuah kerinduan itu..... Hannan....abang juga rindukanmu sayang... Bisik hati Haiqal.


-- cerita ini sekadar Coffee and Pasta je.. ^_^ kalau nk share..share je..kalau nk copy pun takpe..Sharing is Caring -- 

awk2.. kalau kita single pun , tpi kita masih ada Allah ♥


Assalamu'alaikum , to all readers.. hehe..mcm biasa , nk update blog ;) bila awk tgk tajuk kat atas tu ? ha ! mesti ada berkaitan dgn awk2 semua jgk kan ? 

eerr..orang lain semua ada Couple ? tpi Saya ?  ( eleh , awk lupa ke ? Allah kan ada ) hmm .. betul tu..kadang2 kita rasa kita nie bersendirian je..takde sape..tpi awk lupa , Allah tu sentiasa ada buat Kita :')
Kita je..yg kadang2 terlalu sombong dgn Allah.. ( fikirkan lah ) Ada awk bersyukur dgn pemberian Allah ? ada awk berterima kasih dgn Allah ? ( kalau takda..berubah.. ^^ Allah tu maha Pengampun )

Okayyss..get back to the Real Topic.. :D ( Sebenarnyer paling suke Part nie )
awk , tak payah lah bersedih kalau awk tu Single..bukannyer hancur pun kehidupan awk.. Awk masih ada Allah , Family dan Kawan2 yg selalu Support awk .. ( jgn lupa tu )
(okayy part nie utk bakal2 Zauj pulak ? eerr =="" Kira mcm tu laa.. ) 

Wahai lelaki2 sekalian ( ecehh ) jgnlah buat kaum2 Perempuan ni jatuh hati dgn kata2 awk.. Jangan nak bermadah2 sgt laa kan...Kalau awk betul2 sayangkan Dia..Just masuk meminang ^^ kan lagi elok ? Perhubungan dibina atas ikatan yg Sah :D

I Just wanna love you in the Halal way ^_^











amacam ? awk faham kan ?? Heee ~ Saya harap bakal Zauj saya seorang yg Taat kepada Allah..dan Boleh membimbing saya (ecehh , muka dah blushing niee )

oke.. Doodles kat bwh nie , Untuk awk Semua ! Salam sayang dri saya Husna Noorazlan..
Andai terkasar bahasa , Harap sudi memaafkan .. Dan Terima Kasih kerana Sudi membaca ^_^