Thursday 18 June 2015

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum...

     Semalam dah masuk bulan puasa.So ari ni second day puasa.Tak semlat nak update semalam sebab tengah duk typing tetiba dah tutup wifi.T_T Bahagia sangat tahun ni sebab dapat puasa kat rumah.Dua tahun lepas puasa kat asrama dan tahun lepas puasa kat KMNS.huhuhu Dua tahun berturut-turut tak puasa kat rumah memang sedih giler.

     Alhamdulillah tahun ni dapat puasa kat rumah balik.Bersyukur sangat.Nikmat yang paling bahagia.hehee Tapi tahun depan tak tau la dapat puasa kat rumah balik ke tak sebab nanti nak sambung belajar balik.Hurm. *sedih

     Sejujurnya rindu la juga nak puasa kat asrama Smksis walaupun tak sampai setahun menetap sebab asyik keluar masuk je.Tak biasa jauh la katakan padahal dekat je dengan rumah.(kalau dengan kete la) hehee Banyak kenangan sebenarnya puasa kat sana.Tinggal kat asrama macam satu keluarga juga sebab akan tolong satu sama lain-lain.Kalau tak faham dalam pelajaran boleh tanya kawan-kawan yang lain.Kita dapat belajar sama-sama.Hubungan pun jadi semakin erat.Suka sangat. Hehee Pengalaman yang sangat terindah.Ada pernah sekali pergi sahur pakai baju warna biru tudung pula warna ungu.Ya Allah ! Malu rasa sebab tak biasa pakai warna block macam tu.Orang memang nampak biasa tapi diri ni rasa macam pelik semacam je.Tu pun tersedar masa tengok cermin lepas habis makan.Gelak sensorang tengok pakai baju macam tu.huhuhu

     Kalau kat KMNS pula lain citer.Sebab sahur or berbuka takde yang sediakan.Kena cari sendiri.Kadang-kadang makan roti atau kurma dan air kosong je masa sahur tu pun kalau terbangun.Kalau tak bangun tak bersahur la jawabnya.Bangun-bangun dah dengar azan Subuh.Ohh.. Sedih giler rasa.Kalau berbuka pula beli kat cafe pastu makan ke bilik or xpun kat surau Al-Muttaqeen.Makan dengan kawan-kawan yang lain.Kat surau biasanya buat iftar kena bayar RM 3 sorang pastu makan dalam talam.Satu talam tu kongsi dalam 4 atau 5 orang.Sharing kan is caring.hehe Memandai je.Nikmat makan macam tu kenyang pun kenyang.Rindu pula rasa nak makan macam tu bila balik rumah ni.

     Banyak juga membebel hari ini ye. Hehee Maaf la terover excited nak cerita semua.Kalau boleh nak cerita lagi.hehe Tapi setakat ini sahaja saya membebel nanti lain kali sambung balik.









P/S : Tahun ni dapat berbuka puasa , bersahur dan berterawih bersama keluarga tersayang

No comments: