Thursday 31 May 2012

Buat Kaum Hawa




Hidup ini kadang-kadang rasa gembira, kadang-kadang rasa sedih, nak marah ,merajuk atau jauh hati, kadang-kadang rasa di sayangi, rasa di perlukan, rasa terasing, rasa di buang … macam-macam perasaan yang bersarang dalam hati dan itulah kurnian dariNya yang maha bijak sana dan seharusnya kita bersyukur.

Kadang –kadang kita sering alpa ,leka dengan keindahan dunia , terlalu menurut kehendak nafsu , mengikut telunjuk syaitan sampai terlupa yang diri ini adalah hamba dan mendapat rahmat daripadanya ,hamba yang sering dikurnia kan nikmat dariNya , tetapi kita terlalu sedikit mensyukurinya.

Kebiasaanya manusia akan merasa bahagia bila disayangi , di beri perhatian ,di ambil berat ,di cintai , kadang-kadang sedikit bangga bila diri ini dirindui .Tapi oleh kerana terlalu tabsub mengejar semua ni ,kadang-kadang kita tak sedar yang kita telah melanggar perintah Allah , melanggar syariat sekaligus mencemarkan tatasusila kita sebagai muslimah yang beriman. Betapa wanita itu akal nya setipis rambutnya, ….hatinya serapuh kaca….dan perasannya yang selembut sutera itu maka hendaklah di bekalkan dengan ilmu , di kuatkan kan dengan iman dan dihiasi dengan akhlak. 

Makhluk emosinal atau lebih dilabelkan sebagai makhluk perasa dan itulah wanita berbanding lelaki yang lebih di nobatkan kan sebagai mahkluk berakal.Wanita juga di labelkan sebagai makhluk pemalu…sukar untuk meluahkan rasa, 

Rasulullah saw bersabda “Malu dan iman itu bergandingan bila terangkat satu maka terangkatlah satu lagi” ..maka ini jelas menunjukkkan kepentingan malu dalam diri setiap muslimah.

Persoalannya sekarang , masihkah sifat malu ini menyelubunggi diri setiap muslimah? Jika ya Kenapa masih ada lagi mereka yang berani membonceng motor dengan lelaki yang bukan muhrim , mengapa ada lagi muslimah yang tidak menutup aurat , yang paling sedih bila ana terdengar ada diantara kawan ana yang bercerita tentang member mereka yang membuka aurat sedangkan dulunya aurat itu di jaga.Kenapa kita mudah mengikuti perkara yang tidak baik sedangkan perkara yang baik kita tolak ketepi.

Tapi sedarkah kita selemah –lemah wanita ini ia berjaya menguasai kaum adam yang mempunyai sembilan akal , bertapa peliknya…tapi itulah kenyataan.

Bertapa kuatnya pengaruh wanita pada lelaki dan ini menunjukkan yang dunia ini telah hampir pada akhir zaman.

Betul kata Rasulullah saw “ Sesungguhnya kemusnahan kaum lelaki itu adalah kerana mentaati wanita-wanita mereka”

Selain daripada itu “Kejahilan bagi kaum lelaki ialah mentaati wanita selain daripada ibunya”

Huzaifah .a berkata ia mendengar saw bersabda di dalam khutbahnya 

“Arak adalah ibu segala maksiat , wanita adalah jala syaitan dan cinta dunia adalah kepala setiap dosa.”

Rangkap yang wanita adalah jala (perangkap syaitan ) menjelaskan maksud sama ada syaitan telah menghiasi mereka dengan begitu menarik supaya menimbulkan rangsangan ataupun lelaki yang jahat akan memandang serta menggoda mereka dengan perantaraan mereka.

Ibnu Mas’ud ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda , “Wanita adalah objek yang tersorok , di mana ,apabila ia keluar syaitan akan menghias mereka untuk menggoda kaum lelaki” At-Tirmizi.

Sedarlah kaum lelaki , di sini cabaran bagi anda maka jangan sesekali terbuai dengan tipu daya syaitan seperti firman Allah yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman , masuklah kamu ke dalam islam keseluruhannya dan janganlah kamu turut langkah –langkah syaitan .Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang paling nyata bagimu.Tetapi jika kamu tergelincir (dari jalan Allah) sesudah datang padamu bukti-bukti kebenaran , maka ketahuilah , bahawasanya Allah Maha Perkasa lagi Maha bijaksana” (Al-Baqarah 208-209)



Buat kaum lelaki berwaspadalah jangan sesekali mendidik kaum wanita dengan mengikuti perintahnya kerana ia mencerminkan kejahilan anda , jangan jinakkan mereka dengan emas atau harta kerana mereka akan jadi liar dan kau semakin diperbodohkan , jangan hiburkan mereka dengan kecantikan kerana mereka akan menderita dan kau akan sengsara. Maka pimpimlah mereka dengan jalan kebenaran ,jalan yang diredhai Allah kerana kau akan di tanya akan tanggungjawabmu itu wahai lelaki.



Ibnu Umar .a berkata :Bersabda Rasulullah Saw :

“Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu akan di tanya tentang mereka yang kamu pimpin .Raja yang memimpin rakyatnya dan suami pemimpin kepada keluarganya dan isteri pemimpin rumah tangga suami dan anak-anaknya .Maka kamu sekalian pemimpin dan akan bertanggumgjawab atas pimpinanmu”

(Riwayat Bukhari dan muslim)



Huzaifah berkata dia mendengar Rasulullah saw bersabda :

“Letakkanlah wanita pada kedudukan yang paling rendah lantaran Allah juga telah melakukan demikian” ( Razin dan Baihaqi)

meletakkan mereka pada kedudukan yang paling rendah bermaksud bahawa Allah swt juga telah berfirman mengenai mereka selepas kaum lelaki di dalam Al-Quran .Begitu juga di dalam solat berjemaah , kaum wanita di kehendaki bersolat di bahagian terakhir .Di dalam kes persaksian , warisan dan pangkat Allah telah meletakkan wanita pada kedudukan kedua berbanding kaum lelaki .



Ana harap lepas ni jangan ada pula perasaan benci pada kaum ana , ana sekadar memberi ingatan pada golongan Adam supaya tak mudah leka , tak sedikit pun bermaksud nak mengecilkan atau merendahkan kaum ana sebabnya ana pun perempuan juga.



Buat muslimin kamu perlukan wanita , tanpanya hidupmu tak sempurna dan kamu tak akan ada di dunia ini , kamu perlukannya sebagai teman untuk menemanimu dalam meneruskan perjuangan ,pendorong dikala kesulitan , penyuluh dikala kamu tersasar , pembakar semangat dan lain-lain. 

“Apa yang tak ada dalam syurga sehingga Adam inginkan Hawa”


Penciptaan wanita ini tidak sia-sia , Allah menciptakan sesuatu ,ada rahsia yang tersembunyi , ada hikmah ada kebaikannya.



Rasulullah saw bersabda :

“Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bahagian yang teratas , jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok , maka berlakul;ah baik pada wanita kamu” (Al-Bukhary dan muslim)



akhir sekali saya ingin sampaikan lagu ni khas buat kaum lelaki , hayati lirik lagu&lagu ini.




Ranjau berduri



Gerak langkahmu memikat hati ,

Lirik senyummu manis sekali,

Namun kini ,

Aku menyedari ,

Ia adalah ranjau berduri,

yang semestinya daku lalui,

Untuk menguji iman di hati,

Setinggi mana ketakwaan,

Sekuat mana keimanan,

Janganlah kau cuba ,

Menggoda diriku,

Membuang waktu dan tenagamu,

Cintaku hanya cinta abadi ,

Cinta Allah, Allah hurabbi,

Allah ya Rahman , Allah ya Rahim,

Senyumanmu itu racun berbisa ,

Mengugat naluri menggoda jiwa,

Walau rupamu amat menawan ,

Namun ku tetap pilih yang beriman.


Ilmu itu pembuka segala amal

sekadar peringatan buat diri sendiri dan sahabat sekalian ...


Ingatlah seksaan kubur di akhirat !!



No comments: